Rabu, 7 Disember 2011

Proses Fotosintesis

Proses Fotosintesis
  • Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makan/nutriennya sendiri.
  • Gas karbon dioksida , cahaya matahari dan air diperlukan untuk melakukan proses fotosintesis.
  • Hasil proses fosintesis , tumbuhan akan mengeluarkan gas oksigen untuk digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas.

Keperluan Asas Tumbuhan



  • Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari.
  • Tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan.
  • Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis
  • Tumbuhan juga memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien.
  • Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan.
  • Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya untuk membuat makanan