Rabu, 7 Disember 2011

Proses Fotosintesis

Proses Fotosintesis
  • Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makan/nutriennya sendiri.
  • Gas karbon dioksida , cahaya matahari dan air diperlukan untuk melakukan proses fotosintesis.
  • Hasil proses fosintesis , tumbuhan akan mengeluarkan gas oksigen untuk digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas.

Keperluan Asas Tumbuhan



  • Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari.
  • Tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan.
  • Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis
  • Tumbuhan juga memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien.
  • Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan.
  • Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya untuk membuat makanan

Khamis, 10 November 2011

Ikhlaslah dalam menuntut ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapat keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapat habuan dunia dan tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak." (Riwayat Abu Daud).

Jumaat, 28 Oktober 2011

Antara tempat perlindungan haiwan

Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada cuaca panas, hujan dan daripada musuh. 


Berikut merupakan antara contoh tempat perlindungan bagi haiwan.

Di dalam gua
Di Hutan

 Kandang
Sangkar
Sarang
Lubang pokok

Selasa, 25 Oktober 2011

Muhasabah Diri

"Bukan yatim seseorang itu  kerana kematian bapanya,
Sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab"

Selasa, 11 Oktober 2011


Keperluan Asas Haiwan



  • Makananan dan air untuk hidup, sihat dan membesar
  •  Udara – untuk bernafas
  • Tempat Perlindunganuntuk melindungi diri daripada bahaya, matahari dan hujan  
  • Pelbagai tempat perlindungan untuk haiwan antaranya lubang dalam tanah, sarang, gua, lubang di dalam pokok, dll.
   


Khamis, 29 September 2011

Keindahan Alam Semulajadi

Keindahan alam semulajadi merupakan bukti kekuasaan dan kebesaran Allah... Kita sebagai hambanya harus bersyukur dan menghargai semua ciptaanNya. Dengan menggamit ciptaanNya kita akan memperolehi ketenangan dan ketenteraman jiwa...



Keindahan Alam Semulajadi

Keindahan alam semulajadi merupakan bukti kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Kita sebagai hambanya hendaklah bersyukur dang menghargai alam semulajadi ini. Dengan menikmati keindahan alam semulajadi ianya akan memberikan seribu ketenangan dan ketenteraman jiwa kepada kita semua...