Rabu, 7 Disember 2011

Proses Fotosintesis

Proses Fotosintesis
  • Tumbuhan hijau menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makan/nutriennya sendiri.
  • Gas karbon dioksida , cahaya matahari dan air diperlukan untuk melakukan proses fotosintesis.
  • Hasil proses fosintesis , tumbuhan akan mengeluarkan gas oksigen untuk digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas.

Keperluan Asas Tumbuhan



  • Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari.
  • Tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan.
  • Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis
  • Tumbuhan juga memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien.
  • Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan.
  • Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya untuk membuat makanan

Khamis, 10 November 2011

Ikhlaslah dalam menuntut ilmu

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapat keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapat habuan dunia dan tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak." (Riwayat Abu Daud).

Jumaat, 28 Oktober 2011

Antara tempat perlindungan haiwan

Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada cuaca panas, hujan dan daripada musuh. 


Berikut merupakan antara contoh tempat perlindungan bagi haiwan.

Di dalam gua
Di Hutan

 Kandang
Sangkar
Sarang
Lubang pokok